Thursday, December 30, 2010

Introspeksi diri...

Bismillah...

Hari nie 30 Dec 2010, maka ianya bersamaan dengan Hari lahir kakak saya yang tersayang-K.Chaq. Sannah helwah ya jameelah...moga jadi anak, isteri dan ibu solehah, juga hamba Allah yang dirahmatiNya...Juga kepada Hidayah Johari (DJ)..moga jadi anak solehah..
K.chaq, B.chaq dan Dailami


Begitulah usia kita, ia pasti akan terus bertambah, perjalanan ke garis infiniti kehidupan semakin tiba di pengakhirannya...makanya, seharusnya kita duduk dan berfikir..apa saja yang menjadi bekalku? apakah bekalan yang telah aku sediakan?..adakah kita selama ini menjawab tiga persoalan kehidupan ini iaitu;

1. Dari mana kita diciptakan?
2. Mengapa kita diciptakan?
3. Ke mana hala tuju kita?


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti  terhadap apa yang kamu kerjakan"(59: 18)..

"Maka tidakkah mereka menghayati al-quran ataukah hati mereka sudah terkunci?(47: 24)..

Allah memberi manual (al-quran) sebagai panduannya..maka sama-samalah manfaatkan, moga kita semua tidak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi..

-Hisablah dirimu sebelum kau dihisab-

wassalam.

Tuesday, December 28, 2010

Barakallahuma...


Zuhdi & Adibah

Saadah 
Selamat pengantin baru buat Zuhdi (sepupu) dan juga Saadah( my clasmate) yang telah melangsungkan perkahwinan pada 25 December 2010.. Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama'afi khair.. moga rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah..

Dailamiku..

Gaya tdo yang unik
4 bulan dah..

Mama dan anak yang sama-sama bulat
Semoga dia menjadi anak yang soleh dan sentiasa dirahmati Allah..rindunya dia..(he..)

Jangan putus asa..

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, hari ni Allah memberi kesempatan dan ilham untuk mencoret kat cni…setelah mengemaskan buku2 yang bertimbun, sepi tanpa glance over them, at least buka tengok tajuk pun kira ok la kan. Pasni, kena lebih gigih study buku2 tarbiyah as same as studying for my Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) in June 2011..(mcm xcaya pun ada, I am nurse wanna be..hmmm)..
Mungkin ni satu teguran Allah yang Dia cuba bagi melalui kata2 mujaddid alaf ini…
“Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok”(Imam HAB)
Keputusasaan adalah tabir pemisah antara diri kita dan keberhasilan. Jika harapan itu kuat dalam diri kita maka dengan izin Allah, kita akan mencapai banyak kebaikan. Segala puji bagi Allah untuk keyakinan kami ini.
Orang yang sesat takkan sesat selamanya kerana kesesatan itu selalu ada petunjuk, setelah kekacauan itu selalu ada ketenteraman. Hanya di tangan Allah-sebelum dan sesudah itu semua- segala urusan ditentukan.
Makanya, harus kembalikan semua urusan pada Allah, kita hanya pengantara…yang penting usaha, hasilnya Allah yang bagi..
“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung”(9:111)..
Syafakillah buat Ukht Uda & Ukht Ucu yang diuji oleh Allah…moga Allah mudahkan segala urusan kalian…
Aim: منظم 

Ya Allah, teguhkan kami dalam jalan dakwahMu ini...

Sunday, December 19, 2010

S.D.

Bismillah..

Setelah seharian menjejak nilai S.D. (standard deviation) yang tak juga tiba.. I am a bit bored already.
Paling tak suka keja last minute tapi dah cuba yang terbaik, external factor plak yang mengganggu..

Tiba2, teringat waktu p kursus KPP.. penceramah tu kata, gripping factor tayar tu bergantung pada jalan tar punya kualiti..kalau kat litar F1, kualiti tar dia lebih bagus dari jalan tar kar jalan raya biasa yang alami "hydro planning".  maka tugas pemandu F1 tu yang akan menentukan kemenangan di litar or tak.. macam diri kita sebagai pemandu, kena hati-hati dalam menentukan keselamatan perjalanan...hmm, hidup ni memang sebuah perjalanan yang panjang dan penuh berliku..tu baru kat dunia, kat akhirat lagi la..Allah sahaja yang mengetahuinya...

Jadi, walaupun rasa susah kat dunia nie...sentiasalah motivate diri sendiri untuk jangan putus asa wahai diri. terus mencari S.D..berusaha tingkatkan amal untuk dibawa ke akhirat nanti kerana itulah sebaik-baik bekal..

Teringat pertanyaan P.ngah, "Jika antunna meninggal pada saat ini, adakah antunna akan masuk syurga atau neraka?" maka, sentiasa waspada. Jangan lalai dengan kehidupan dunia. 

wallahua'lam..


Thursday, December 9, 2010

KKB


setenang air, begitulah tenangnya jiwa bila bersamaNya..
hanya mengingati Allah jiwa menjadi tenang(13:28)

library polish time!!!

Here i am, library IIUM Kuantan..struggling by best with my proposal slide, papers, scoring system and many more..

just bear with it.

Pray all the best for my friends and me myself in doing our final year project.
Although it is though, He always beside us..

Rabbi yassir wa tu'assir..

Friday, December 3, 2010

meaningful moment..

Bismillah…

Hari terakhir di wad oncology hukm..macam2 rasa dalam jiwa-terharu, gembira, sedih dan etc. apa2pun, perjalanan hidup harus diteruskan; menuju pengakhiran yang abadi. Banyak kenangan pahit manis sepanjang berada di cni..yang bestnya, jumpa ramai ‘orang2 kampung’ ; P.cik magic dari BM, Pak Cik Ahmad al-bab dari Kulim,Pak cik2 NPC, Pak cik Edema, Makcik dari AS, aunty dari Italy dan ramai lagi la.. Kesemuanya membawa kenangan terindah dalam lipatan sejarah hidupku sebagai seorang hamba Allah nie..senyum mereka, gelak tawa, wajah sayu mereka dan wajah keletihan selepas chemo n RT inspired me a lot..
Semangat mereka melawan penyakit setelah bertahun-tahun lamanya…..
Ketabahan keluarga berada disisi memberikan sokongan walaupun letih lesu badan namun setia disisi pesakit….
kesetiaan seorang anak menjaga ibu bapanya, seorang isteri disisi suaminya, seorang nurse menjaga clientnya, seorang doctor buat history taking & PE pada clientnya….
Kisah2 yang membangunkan jiwa, memberikan rasa padaku bahawa disitu ada Allah yang menjadikan seluruh makhlukNya, sentiasa menyayangi dan mengasihi makhlukNya, yang sentiasa memberi walau tak disyukuri…” Tuhan yang memelihara langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya; jika kamu termasuk orang yang meyakini”(44: 7)
TO ME MYSELF: JANGAN PERNAH PUTUS ASA, SENTIASA BERUSAHA DAN TAWAKAL.
*Torn apart inside to be a better person-even though it is hard, but the strength is given only by HIM. Never loss hope, Allah is always by your side.

Monday, November 22, 2010

1st day

Bismillah..

after 6 years, i am back here in hukm, cheras..same place, different story..

waiting for about 2 hours, then orientation in onco area..around 10am in 'my area'..BUT as expected..about 3 hours, we left alone (close story).


Janganlah berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputtus asa dari rahmat Allah hanyalah orang2 kafir(12:87)

Ya Allah, berilah kekuatan pd kami utk terus melangkah..ameen

Thursday, November 4, 2010

9hours...


Bismillahirrahmanirrahim..

Sejuta kesyukuran pada al-Khaliq atas ujianMu buat hamba yang lemah ini..Dia pasti menguji dengan ujian berupa kesenangan dan kesusahan untuk kita kembali padaNya..

9hours (------) ….Diri ini tenggelam, melarutkan diri kerna  mencari jawapan pada persoalan yang tidak pasti, merungkai kekusutan yang  menyelubungi diri, menguatkan langkah yang kian melemah dengan sisa waktu yang ada dan kudrat yang satu..

Di kala ini, diriku memuhasabah diri… betapa banyak nikmatNya yang diberi, betapa agungnya Illahi dalam penciptaan makhlukNya yang berakal ini namun diriku sentiasa alpa dalam mengingatiNya..
Terngiang-ngiang persoalan utama ‘persidangan’ kami..
A: “we’re not get proper guideline from ………”.

B: huh? Really? kinda true la…

C: Just our perception only kot ..ntah, xtau nak kata apa..no comment..

Macam-macam feedback yang diterima..hmmm…

Bila ditimpa sesuatu masalah, manusia mudah mengeluh, dan sifat manusia itu adalah lemah (An-nisa’:28)...Terbit dari hati kecil merasai betapa guidance amat perlu pada kita dalam berbuat apa saja..xkira la dari sekecil2 benda or sebesar-besar benda..kan? Jika hilang petunjuk, maka arahnya kabur, blurr, dan tak pasti mau kemana.. utara/selatan/timur/barat/ tenggara/ barat daya..umpama orang buta kehilangan tongkatnya, orang rabun kehilangan cermin matanya..itu baru hal study la...

Tapikan, guidance yang utama iaitu PETUNJUK DARI ILLAHI yang lebih utama. Hari ini, ramai manusia yang tenggelam dan larut dalam kehidupan didunia; tak tahu apa tujuan hidupnya, leka tanpa punca, merayau-rayau tanpa arah tuju dan paling malang menjadi hamba kepada dunia. Na’uzubillah fi min zalik..moga diri kita terpelihara laknat Allah.

Janganlah kita menjadi seperti haiwan-makan, tidur, main dan ulangi rutin yang sama. Kerana Allah beri kita akal untuk membezakan darjat manusia.Firman Allah:

“ Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat, mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan-haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi”
Ya Allah, peliharalah hambaMu ini dari dosa dan matikanlah kami dalam iman dan islam..

Monday, November 1, 2010

silent killer..

Bismillah..dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Pemurah.

Silent killer-apakah? HPT, DM, etc..

mari kita renungkan hadis ini:

Daripada Abi Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Allah berfirman: 'kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka siapa bersaing denganKu daripada salah satu daripada keduanya, maka pasti akan kulemparkan ia ke dalam jahanam."
(Riwayat Abu Daud no 4092& Ibn Majah n0 4147)

Takabur adalah ibu segala sifat mazmumah. Daripada sombong lahirnya segala sifat marah, hasad, ujub, riak, tamak, bakhil dan sebagainya.

Jom kita tengok apa TANDA2nya: xsuka berdoa, mudah terluka & melukakan hati orang lain, sukar memberi dan meminta maaf, memotong cakap orang lain, gila kuasa dan jawatan, cara berpakaian dan berjalan dengan angkuh, gila pujian, bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya dan tak suka berziarah..

Astagfirullah..

Samalah kita menghisab diri sebelum Allah menghisab kita..moga hati kita terhindar dari silent killer yang sentiasa mencari peluang masuk dalan jiwa kita...wallahua'lam.