Bismillah..dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Pemurah.
Silent killer-apakah? HPT, DM, etc..
mari kita renungkan hadis ini:
Daripada Abi Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Allah berfirman: 'kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka siapa bersaing denganKu daripada salah satu daripada keduanya, maka pasti akan kulemparkan ia ke dalam jahanam."
(Riwayat Abu Daud no 4092& Ibn Majah n0 4147)
Takabur adalah ibu segala sifat mazmumah. Daripada sombong lahirnya segala sifat marah, hasad, ujub, riak, tamak, bakhil dan sebagainya.
Jom kita tengok apa TANDA2nya: xsuka berdoa, mudah terluka & melukakan hati orang lain, sukar memberi dan meminta maaf, memotong cakap orang lain, gila kuasa dan jawatan, cara berpakaian dan berjalan dengan angkuh, gila pujian, bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya dan tak suka berziarah..
Astagfirullah..
Samalah kita menghisab diri sebelum Allah menghisab kita..moga hati kita terhindar dari silent killer yang sentiasa mencari peluang masuk dalan jiwa kita...wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment