Hari nie 30 Dec 2010, maka ianya bersamaan dengan Hari lahir kakak saya yang tersayang-K.Chaq. Sannah helwah ya jameelah...moga jadi anak, isteri dan ibu solehah, juga hamba Allah yang dirahmatiNya...Juga kepada Hidayah Johari (DJ)..moga jadi anak solehah..
![]() |
| K.chaq, B.chaq dan Dailami |
Begitulah usia kita, ia pasti akan terus bertambah, perjalanan ke garis infiniti kehidupan semakin tiba di pengakhirannya...makanya, seharusnya kita duduk dan berfikir..apa saja yang menjadi bekalku? apakah bekalan yang telah aku sediakan?..adakah kita selama ini menjawab tiga persoalan kehidupan ini iaitu;
1. Dari mana kita diciptakan?
2. Mengapa kita diciptakan?
3. Ke mana hala tuju kita?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan"(59: 18)..
"Maka tidakkah mereka menghayati al-quran ataukah hati mereka sudah terkunci?(47: 24)..
Allah memberi manual (al-quran) sebagai panduannya..maka sama-samalah manfaatkan, moga kita semua tidak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi..
-Hisablah dirimu sebelum kau dihisab-
wassalam.

No comments:
Post a Comment