Tuesday, December 28, 2010

Jangan putus asa..

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, hari ni Allah memberi kesempatan dan ilham untuk mencoret kat cni…setelah mengemaskan buku2 yang bertimbun, sepi tanpa glance over them, at least buka tengok tajuk pun kira ok la kan. Pasni, kena lebih gigih study buku2 tarbiyah as same as studying for my Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) in June 2011..(mcm xcaya pun ada, I am nurse wanna be..hmmm)..
Mungkin ni satu teguran Allah yang Dia cuba bagi melalui kata2 mujaddid alaf ini…
“Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok”(Imam HAB)
Keputusasaan adalah tabir pemisah antara diri kita dan keberhasilan. Jika harapan itu kuat dalam diri kita maka dengan izin Allah, kita akan mencapai banyak kebaikan. Segala puji bagi Allah untuk keyakinan kami ini.
Orang yang sesat takkan sesat selamanya kerana kesesatan itu selalu ada petunjuk, setelah kekacauan itu selalu ada ketenteraman. Hanya di tangan Allah-sebelum dan sesudah itu semua- segala urusan ditentukan.
Makanya, harus kembalikan semua urusan pada Allah, kita hanya pengantara…yang penting usaha, hasilnya Allah yang bagi..
“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung”(9:111)..
Syafakillah buat Ukht Uda & Ukht Ucu yang diuji oleh Allah…moga Allah mudahkan segala urusan kalian…
Aim: منظم 

Ya Allah, teguhkan kami dalam jalan dakwahMu ini...

No comments:

Post a Comment