Friday, December 3, 2010

meaningful moment..

Bismillah…

Hari terakhir di wad oncology hukm..macam2 rasa dalam jiwa-terharu, gembira, sedih dan etc. apa2pun, perjalanan hidup harus diteruskan; menuju pengakhiran yang abadi. Banyak kenangan pahit manis sepanjang berada di cni..yang bestnya, jumpa ramai ‘orang2 kampung’ ; P.cik magic dari BM, Pak Cik Ahmad al-bab dari Kulim,Pak cik2 NPC, Pak cik Edema, Makcik dari AS, aunty dari Italy dan ramai lagi la.. Kesemuanya membawa kenangan terindah dalam lipatan sejarah hidupku sebagai seorang hamba Allah nie..senyum mereka, gelak tawa, wajah sayu mereka dan wajah keletihan selepas chemo n RT inspired me a lot..
Semangat mereka melawan penyakit setelah bertahun-tahun lamanya…..
Ketabahan keluarga berada disisi memberikan sokongan walaupun letih lesu badan namun setia disisi pesakit….
kesetiaan seorang anak menjaga ibu bapanya, seorang isteri disisi suaminya, seorang nurse menjaga clientnya, seorang doctor buat history taking & PE pada clientnya….
Kisah2 yang membangunkan jiwa, memberikan rasa padaku bahawa disitu ada Allah yang menjadikan seluruh makhlukNya, sentiasa menyayangi dan mengasihi makhlukNya, yang sentiasa memberi walau tak disyukuri…” Tuhan yang memelihara langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya; jika kamu termasuk orang yang meyakini”(44: 7)
TO ME MYSELF: JANGAN PERNAH PUTUS ASA, SENTIASA BERUSAHA DAN TAWAKAL.
*Torn apart inside to be a better person-even though it is hard, but the strength is given only by HIM. Never loss hope, Allah is always by your side.

No comments:

Post a Comment