Bismillah..
Bendanya mudah namun bukan mudah melakukannya..
Ibn Taimiyyah berkata: " Seorang hamba selalu berada dalam nikmat Allah yang harus ia syukuri; atau berada dalam dosa yang harus ia istighfar(mohon ampun). Dua perkara ini termasuk perkara yang harus melekat pada diri seorang hamba, kerana dia selalu bergelumang berbagai nikmat Allah dan dia juga selalu perlu bertaubat dan istihfar" (Majmu' fatawa, 10/88)
Rasulullah bersabda:
"Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70 kali dalam sehari"(HR Bukhari, no. 6307)
Beliau juga bersabda:
"Sesungguhnya hatiku terkadang tertutup, dan aku benar-benar beristighfar kepada Allah 100 kali dalam sehari" (HR Muslim)
Dari Nafi' dari Ibnu Umar ia berkata: Dalam satu majlis Rasullah sebelum beliau berdiri meninggalkan majlis, pernah terhitung 100 kali beliau mengucapkan:
" Wahai Rabbku, ampunilah dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi taubat dan Maha Pengampun" (HR Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibn Majah)..
Jom kita mulakan hari dengan istighfar...:)

No comments:
Post a Comment