Sunday, January 30, 2011

alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan pada diri ni, terlalu banyak dan jika nak dihitung satu persau nescaya tak mampu untuk dilakukan...

Ku bersyukur padaMu ya Rabb kerana memberikan kesempatan untuk merasai salah satu dari nikmatMu iaitu nikmat ukhuwwah..ukhuwwah akan datang dengan iman, bertambah iman maka akan kukuhlah ukhuwwah..makanya, harus kita semua menjaga iman dengan amalan wajib dan juga sunnah,menjauhi maksiat..jangan pernah mengabaikannya kerana ia tunjang utama menyokong iman kita.. kerana apa? hati ini millik Allah, Dia akan mempertautkan hati-hati kita semua.
" dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang beriman). Walau kamu membelanjakan semua kekayaan di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (8:63)

Terima kasih Ya Allah, mempertemukan diriku dengan kalian yang  banyak mendidikku menjadi seorang insan yang lebih memahami erti sebuah kehidupan..
Maafkan diriku wahai sahabatku, jika ada hak-hakmu yang belum kutunaikan, jika ada hati yang terguris dengan kata-kataku mahupun gerak-geriku..daku insan biasa yang banyak khilafnya..tegurilah diriku, usah gentar kerana daku mahu menjadi sahabat terbaikmu kerana dunia ini hanyalah sementara. Andai aku pergi dulu, kuberharap daku menjadi salah satu memori dalam lipatan sejarahmu...


Buat semua sahabatku..inni asyuqqa alaikum..sayang kalian semua..uhubbuki fillah..('',)

No comments:

Post a Comment