Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan pada diri ni, terlalu banyak dan jika nak dihitung satu persau nescaya tak mampu untuk dilakukan...
Ku bersyukur padaMu ya Rabb kerana memberikan kesempatan untuk merasai salah satu dari nikmatMu iaitu nikmat ukhuwwah..ukhuwwah akan datang dengan iman, bertambah iman maka akan kukuhlah ukhuwwah..makanya, harus kita semua menjaga iman dengan amalan wajib dan juga sunnah,menjauhi maksiat..jangan pernah mengabaikannya kerana ia tunjang utama menyokong iman kita.. kerana apa? hati ini millik Allah, Dia akan mempertautkan hati-hati kita semua.
" dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang beriman). Walau kamu membelanjakan semua kekayaan di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (8:63)
Terima kasih Ya Allah, mempertemukan diriku dengan kalian yang banyak mendidikku menjadi seorang insan yang lebih memahami erti sebuah kehidupan..
Maafkan diriku wahai sahabatku, jika ada hak-hakmu yang belum kutunaikan, jika ada hati yang terguris dengan kata-kataku mahupun gerak-geriku..daku insan biasa yang banyak khilafnya..tegurilah diriku, usah gentar kerana daku mahu menjadi sahabat terbaikmu kerana dunia ini hanyalah sementara. Andai aku pergi dulu, kuberharap daku menjadi salah satu memori dalam lipatan sejarahmu...
Buat semua sahabatku..inni asyuqqa alaikum..sayang kalian semua..uhubbuki fillah..('',)
"Katakanlah(Muhammad), "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam".
Sunday, January 30, 2011
Monday, January 3, 2011
selamat kembali ke sekolah..
2011
selamat kembali ke sekolah buat semua adik2ku:
- d.ah~ sem2 final year
- nusrah~ sem2 year 3
- k.teh ~ sem2 year 1
- bedah~.....(tgu result stam)
- nu'man~ form 2
- mu'az ~darjah3
juga selamat mengajar dan mendidik anak2 bangsa dan agama pada Emak, K.chaq dan kawan2ku yang bergelar guru...
Hayatilah kata2 Imam Syafie:
Kita menghina zaman, padahal kehinaan pada diri kita
Tidak ada kehinaan pada zaman, dan tidak pula pada yang lain
Suci bersih zaman ini, kalau dia bisa berkata kepada kita sucikanlah dirimu
Seekor serigala tidak akan memangsa temannya sedangkan kita memangsa saudara sendiri
Barangsiapa belum merasakan nikmatnya belajar walau sebentar
Terjerumus ke lembah kebodohan selama hidupnya
Barangsiapa tidak mengajarkan ilmu waktu mudanya
Hantarkan takbir 4 kali kerana kematiannya
Hidupnya pemuda –wallahi-dengan ilmu dan takwa
Kalau tidak, maka tidak akan tergambar kenikmatannya
Sebatas kesungguhanmu, kamu dapatkan kemuliaan
Barangsiapa mencari kemuliaan maka bangunlah di waktu malam
Barangsiapa menginiginkan kemuliaan tanpa keprihatinan
Lenyaplah usianya dalam mencari kemustahilan
Gantunglah citamu kemudian lelap waktu malam
Mengarungi samudera untuk mencari mutiara
jom, sama2 kita manfaatkan ilmu yang dipelajari dan diajari kerana ilmu akan sebenar akan membuatkan seorang hamba semakin takut pada penciptanya-Allah. Ia bermula dari hati..
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada"( 22: 46)..
Ya Allah berkati ilmu kami dan tambahkan pemahaman kami pada ilmuMu..
Subscribe to:
Comments (Atom)

